Sunday, March 21, 2010

"Kena selalu bersyukur.."

"Kena selalu bersyukur..", satu pesanan yang ringkas tetapi padat, mendalam maknanya. Terutamanya kepada diri saya sendiri especially dalam situasi sekarang ni. Pesanan itu diucapkan oleh seseorang yang amat saya sayangi, kagumi, hormati, sanjungi, orang yang selalu memberi tunjuk ajar kepada saya. Bukanlah calang-calang orangnya pada saya dan mungkin orang di sekitar saya juga. Bertuah saya kerana berdamping dengannya kerana ilmunya dan sifat keibuannya yang sangat ketara, tidak pernah mengenal jemu untuk memberi tunjuk ajar. Apa saja masalah, dialah yang saya akan refer. Kami serasi. Mungkin kerana lahir pada bulan yang sama membuatkan kami senang antara satu sama lain. Hmm.. sayang ummi.. Mama juga sangat sayang padanya :)

Pesanan itu diberi pada satu masa, satu ketika saya jadi amat emosional dengan apa yang telah dilakukan pada saya. Dalam satu kursus, kami semua guru berpelukan seperti adik-beradik, yang mana agak lebih tua dirasakan seperti seorang ibu. "Sayang Ustazah..", itulah kata-kata saya sambil memeluknya erat2.. Ketika itu saya rasa, Allah sayangkan saya.

Allah Maha Kaya, Maha Pemberi..
Lately, I always say to myself.. Be careful of what we are wanting.. Berhati-hatilah dengan apa yang kita minta.. kerana Allah juga Maha Mendengar.. He always Listening.. Mungkin apa yang kita hajatkan sekarang, kita tak akan dapat sekarang.. Satu hari nanti, mungkin dalam masa 10 tahun contohnya, kita mungkin terlupa bahawa itulah yang kita mahu. Hmm, mungkin terlalu banyak perkara yang kita nakkan, sampai terlupa sesetengahnya.. One of my cousins really like it when I said, "He is Listening.."

Manusia dan masalah, sinonim. Sekecil2 masalah dalam kehidupan seharian, cuaca panas, student tak dengar cakap, student tak siap homework, kerja banyak, rumah tengah renovate tak selesa.. ini contoh2 untuk saya. Nak merungut ke dengan semua ni?? Hm.. sangat tidak layak... seolah2 Allah sekadar menjentik sahaja. Perkara2 macam ni patutnya jadi angin lalu je untuk saya.

Menghuraikan sedikit sebanyak daripada buku (Indahnya Hidup Bersyariat) yang menjadi modul usrah pelajar di sekolah, saya sendiri tersedar. Rukun Iman yang keenam, Percaya Kepada Qada' dan Qadar. Tersedarlah saya, seolah2 tak beriman diri ini... Sentiasa mengeluh, sakit hati, mengomel, mengomplen.. mana kepercayaan terhadap Qada' dan Qadar tadi?? Rukun Iman yang keenam ini nampak simple.. tetapi perkara sebegini berlaku setiap hari di sekeliling kita, pada saya khasnya.

Sebab itu kita bukan sahaja kena Redha tetapi juga Bersyukur dengan semua Nikmat yang Allah beri. Antara bait dalam satu sajak Inggeris oleh Collin McCarty berbunyi "Count your blessings, not your troubles," Hm.. nak kira? Tak terkira sebenarnya.. So, KENAPA BILA ALLAH UJI KITA, KITA MENGELUH??? SIAPA KITA??? BERAPA BANYAK AMALAN KITA??? Sangatlah, tersangat2lah tidak layak untuk kita persoalkan kenapa Allah duga kita begini begitu......

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dengan apa yang berlaku kepada saya. Bukan setakat kena Redha, kena Sabar, dan kena Sentiasa Bersyukur dengan melihat apa yang kita ada di sekeliling kita. Saya tau Allah sayangkan saya dengan apa yang saya peroleh hari ini. Walhal sebenarnya amat tidak layak dengan segala nikmat yang Allah beri ni. Itu juga ujian untuk saya. Rasa segala nikmat yang Allah pinjamkan ini tersangat2 indah ditambah dengan kegembiraan sang ibu yang tak terhingga. Membuatkan saya rasa takut kehilangan nikmat tersebut, kerana terlalu sayang juga sedar tentang diri yang kurang amalan dan bila2 masa saja Allah boleh tarik semula nikmat tersebut. Saya berpesan kepada diri saya sendiri agar sentiasa melihat sekeliling saya dengan nikmat kurniaan-Nya. Apalah ada pada dugaan yang kononnya boleh membunuh hati ini............

THANK YOU ALLAH!!! : )

1 comment:

  1. aku ada buku Indahnya Hidup Bersyariat tu.. so many things we could learn.. hidup mmg indah bile ada pegangan dan panduan..

    ReplyDelete