Saturday, March 27, 2010

Resipi Laksa Kedah : )



Bahan-bahan (5 org)

  • 2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
  • 2 batang bunga kantan - dipotong dua
  • 3 ikat daun kesum
  • 3 sudu besar cili giling
  • 10 biji cili padi - ditumbuk halus
  • 20 keping asam gelugor
  • 20gm belacan
  • garam & serbuk perasa
  • - Bahan-bahan ulam -
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji salad buah
  • 1 ikat daun selum
  • 1 batang timun
  • 3 biji telur rebus
  • 3 biji limau sambal
  • 1 batang bunga kantan
  • Laksa sediakan seperti arahan di pek

Cara-cara

1. Ikan dibersihkan, masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.

2. Bila dah hancur, bawa keluar ikan & tunggu sejuk, air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.

3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan, asam keping, daun kesum, cili giling, cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana, biarkan mendidih dan sentiasa panas.

4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.

5. Masukkan garam & serbuk perasa.

6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.

7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.

Friday, March 26, 2010

Stay The Same


Don't you ever wish you were someone else,
You were meant to be the way you are exactly.
Don't you ever say you don't like the way you are.
When you learn to love yourself, you're better off by far.
And I hope you always stay the same,
cuz there's nothin' 'bout you I would change.

I think that you could be whatever you wanted to be
If you could realize, all the dreams you have inside.
Don't be afraid if you've got something to say,
Just open up your heart and let it show you the way.


Believe in yourself.
Reach down inside.
The love you find will set you free.
Believe in yourself, you will come alive.
Have faith in what you do.
You'll make it through.

- Joey McIntyre


I used to dedicate this song to one of my students.. Asking him to stay the way he is, wherever he will go then.. Having him as my student is a proud, regardless of his results.

I was browsing songs in my phone and came across this song, and have the feeling to listen to it. It is now really relevant to me.. at this moment. This is the song that I need right now. In fact, every time I hear this song, I can feel every single line of it. But at this very moment, every single word really talks to me... :))

p/s: To listen to this song, please browse to My PurpleLilacList.. Track No. 1.. :))

Thursday, March 25, 2010

You Are Special


Your presence is a present to the world
You're unique and one of a kind
Your life can be what you want it to be
Take the days just one at a time
Count your blessings, not your troubles
You'll make it through whatever comes along
Within you are so many answers
Understand, have courage, be strong

Don't put limits on yourself
So many dreams are waiting to be realized
Decisions are too important to leave to chance
Reach for your peak, your goal, your prize

Nothing wastes more energy than worrying
The longer one carries a problem, the heavier it gets
Don't take things too seriously
Live a life of serenity, not a life of regrets

Remember that a little love goes a long way
Remember that a lot... goes forever
Remember that friendship is a wise investment
Life's treasures are people...together

Realize that it's never too late
Do ordinary things in an extraordinary way
Have health and hope and happiness
Take the time to wish upon a star

And don't ever forget...
For even a day...
How very special you are.

~Collin McCarty

Sunday, March 21, 2010

"Kena selalu bersyukur.."

"Kena selalu bersyukur..", satu pesanan yang ringkas tetapi padat, mendalam maknanya. Terutamanya kepada diri saya sendiri especially dalam situasi sekarang ni. Pesanan itu diucapkan oleh seseorang yang amat saya sayangi, kagumi, hormati, sanjungi, orang yang selalu memberi tunjuk ajar kepada saya. Bukanlah calang-calang orangnya pada saya dan mungkin orang di sekitar saya juga. Bertuah saya kerana berdamping dengannya kerana ilmunya dan sifat keibuannya yang sangat ketara, tidak pernah mengenal jemu untuk memberi tunjuk ajar. Apa saja masalah, dialah yang saya akan refer. Kami serasi. Mungkin kerana lahir pada bulan yang sama membuatkan kami senang antara satu sama lain. Hmm.. sayang ummi.. Mama juga sangat sayang padanya :)

Pesanan itu diberi pada satu masa, satu ketika saya jadi amat emosional dengan apa yang telah dilakukan pada saya. Dalam satu kursus, kami semua guru berpelukan seperti adik-beradik, yang mana agak lebih tua dirasakan seperti seorang ibu. "Sayang Ustazah..", itulah kata-kata saya sambil memeluknya erat2.. Ketika itu saya rasa, Allah sayangkan saya.

Allah Maha Kaya, Maha Pemberi..
Lately, I always say to myself.. Be careful of what we are wanting.. Berhati-hatilah dengan apa yang kita minta.. kerana Allah juga Maha Mendengar.. He always Listening.. Mungkin apa yang kita hajatkan sekarang, kita tak akan dapat sekarang.. Satu hari nanti, mungkin dalam masa 10 tahun contohnya, kita mungkin terlupa bahawa itulah yang kita mahu. Hmm, mungkin terlalu banyak perkara yang kita nakkan, sampai terlupa sesetengahnya.. One of my cousins really like it when I said, "He is Listening.."

Manusia dan masalah, sinonim. Sekecil2 masalah dalam kehidupan seharian, cuaca panas, student tak dengar cakap, student tak siap homework, kerja banyak, rumah tengah renovate tak selesa.. ini contoh2 untuk saya. Nak merungut ke dengan semua ni?? Hm.. sangat tidak layak... seolah2 Allah sekadar menjentik sahaja. Perkara2 macam ni patutnya jadi angin lalu je untuk saya.

Menghuraikan sedikit sebanyak daripada buku (Indahnya Hidup Bersyariat) yang menjadi modul usrah pelajar di sekolah, saya sendiri tersedar. Rukun Iman yang keenam, Percaya Kepada Qada' dan Qadar. Tersedarlah saya, seolah2 tak beriman diri ini... Sentiasa mengeluh, sakit hati, mengomel, mengomplen.. mana kepercayaan terhadap Qada' dan Qadar tadi?? Rukun Iman yang keenam ini nampak simple.. tetapi perkara sebegini berlaku setiap hari di sekeliling kita, pada saya khasnya.

Sebab itu kita bukan sahaja kena Redha tetapi juga Bersyukur dengan semua Nikmat yang Allah beri. Antara bait dalam satu sajak Inggeris oleh Collin McCarty berbunyi "Count your blessings, not your troubles," Hm.. nak kira? Tak terkira sebenarnya.. So, KENAPA BILA ALLAH UJI KITA, KITA MENGELUH??? SIAPA KITA??? BERAPA BANYAK AMALAN KITA??? Sangatlah, tersangat2lah tidak layak untuk kita persoalkan kenapa Allah duga kita begini begitu......

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dengan apa yang berlaku kepada saya. Bukan setakat kena Redha, kena Sabar, dan kena Sentiasa Bersyukur dengan melihat apa yang kita ada di sekeliling kita. Saya tau Allah sayangkan saya dengan apa yang saya peroleh hari ini. Walhal sebenarnya amat tidak layak dengan segala nikmat yang Allah beri ni. Itu juga ujian untuk saya. Rasa segala nikmat yang Allah pinjamkan ini tersangat2 indah ditambah dengan kegembiraan sang ibu yang tak terhingga. Membuatkan saya rasa takut kehilangan nikmat tersebut, kerana terlalu sayang juga sedar tentang diri yang kurang amalan dan bila2 masa saja Allah boleh tarik semula nikmat tersebut. Saya berpesan kepada diri saya sendiri agar sentiasa melihat sekeliling saya dengan nikmat kurniaan-Nya. Apalah ada pada dugaan yang kononnya boleh membunuh hati ini............

THANK YOU ALLAH!!! : )

Friday, March 19, 2010

Cuti Tinggal Dua Hari...


Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad. Jumlahnya sume ade 9 hari.. Sape yang dapat berlibur, spend masa dengan family, gi holiday, shopping, do some recreactional activities.. Tahniah.. Alhamdulillah.. itulah sebab kenapa diwujudkan cuti ni.. so far, I heard one of my students went to Sabah.. and one of them is still on holiday at a beach.. hmm.. how I envy.. but it's good for them, for sure.. :)

For me? hehe.. not much.. some of the days went to school.. but actually it has started with a nice one! An OPKIM programme by UniKL students.. what a 3-day busy days.. hm.. nk jd cte.. sampai i/c, bank card, kunci bos pun ilang... Paling sedey nye ialah.. kehilangan PURSE PINK KESAYANGANKU YG PENUH BERMAKNA ITU.... hm.. xde rezeki la tu.. so, sekarang lebih kurang bertaraf bangla la ni.. hahaha! pakai i/c besar punya.. besar punya! haha.. bank card plak dpt ganti yg baru.. hehe..


What's the most important is.. masa yang terluang perlu diguna sebaik mungkin.. Hm.. x sempat nk catch up on my students on what are they doing or done.. coz br je byr bil ni smlm.. hehe.. but at least some of them spend their Sunday on PTRS.. seawal jam 8 pg tu.. Well done guys.. :)


Masa itu emas, bak kata pepatah Melayu.. Time is money, bak kata 2nd boss ms kt WTC wat sales dulu.. Masa itu ibarat mata pedang, bak kata pepatah Arab.. Semuanya mempunyai maksud yang sama.. mengajak kita menghargai MASA.. Antara surah yang terpendek.. amatlah familiar utk kita.. bdk2 darjah 1 pun agaknya hafal.. Surah Al-'Asr..

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-'Asr, Ayat 1-3 yang bermaksud:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."



Telah terang lagi bersuluh.. memang kita boleh nampak.. diri saya sendiri sebenarnya.. Memang kena tanya diri sendiri, adakah setiap saat dalam hidup ini digunakan sebaik2nya? Atau terbiar membazir begitu sahaja? Saya perlu merenung sendiri.. Perlu beramal soleh, buat baik dan yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaling susah.. sabar.. hm.. panjang cte kalau nk cte pasal sabar ni.. lain kali leh cte kot.. tapi skang ni nk renung balik surah al-'Asr amat mendalam ni.. walaupun hanya 3 ayat...

Thursday, March 18, 2010

Tengok orang buat blog, kita pun nak buat blog...


Hmm.. biasala kan.. banyak perkara yang kita buat kerana ikut2an.. Boleh ikut ke tak boleh ikut, tu kena
analyze dulu.. wat la SWOT analysis ke.. strength, weakness, opportunity or threat.. yg mana plg byk.. hehe.. pendek kata, kena la tau baik buruknya.. semoga apa yang tercoret dlm blog dpt dijadikan teladan, dan panduan kepada especially diri sy sendiri dan sapa2 jgk.. :)

p/s: dah start develop blog ni dari bulan lepas sbnrnya.. tp sekerat jln.. tp td baru tgk x-student punya blog.. hm.. dh la cantik.. hm.. isinya pn impresif.. so, terhasillah blog ni.. tengokla cne nti.. :)